You are here: Home Dakwah KENAPA KITA PERLU BERDAKWAH.

KENAPA KITA PERLU BERDAKWAH.

E-mail Print PDF

KENAPA SAYA PERLU MENJADI SEORANG PENDAKWAH?(oleh Hafiz Ng)

Pertanyaan ini adalah mudah dijawab tetapi susah dilaksanakan. Pertanyaan seumpama ini perlu ditimbulkan dalam hati suci kita kerana ia boleh menentukan masa depan kita supaya menjadi lebih cerah samada di dunia atau di akhirat. Dalam satu hadis , Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

Maksudnya “ Sampaikanlah dari Aku walaupun satu ayat”

Dalam satu hadis yang lain, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

Maksudnya “ Barangsiapa yang melihat kemungkaran dikalangan kamu maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya, maka jika tidak mampu, hendaklah ia mencegah dengan lidahnya, jika tidak mampu maka hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemahnya iman”.

Hadis-hadis tersebut telah menjelaskan kepada kita betapa pentingnya tanggungjawab kita untuk menyampaikan seruan Allah s.w.t.

Jikalau kita tidak dapat melaksanakan tanggungjawab ini bermakna kita tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. Allah telah banyak memberikan nikmat kepada kita seperti penglihatan, pendengaran , oksigen dan sebagainya tetapi Allah tidak pernah meminta kita untuk membayarnya. Sekiranya Allah mahukan kita membayarnya nescaya semua manusia tidak akan mampu membayarnya.

Bukan hanya sekadar itu malahan apabila manusia membuat dosa, Dia masih memberikan peluang kepada manusia untuk bertaubat dan tidak menghukumnya dengan serta merta.

Diantara kelebihan-kelebihan lain yang kita akan perolehi apabila kita menjalankan dakwah adalah seperti berikut :


a) Hati lebih tenang.

Ketenangan hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang menjalankan dakwah sahaja. Ketenangan hati terbahagi kepada dua yaitu ketenangan dalam dunia dan ketenangan dari Allah. Dua perkara ini adalah berbeza. Saya tidak dapat menjelaskan bagaimana rasa ketenangan itu cuma mereka yang melaksanakan tanggunjawab dakwah itu sahaja yang dapat merasainya.

b) Sentiasa menginggatkan diri kita.

Apabila kita selalu mengajak orang berbuat kebaikan maka secara tak langsung ia akan menginggatkan kepada diri kita supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak seratus peratus tapi ada juga kebaikan. Apabila kita banyak bercakap dan tidak buat sepertimana kita cakap maka kita akan merasa malu. Orang akan kata “Cakap tak serupa bikin”. Kerana perasaan malu inilah kita akan berusaha sedaya upaya untuk berbuat kebaikan.

c) Kesenangan setelah mati.

Kita telah ketahui bahawa apabila matinya anak Nabi Adam maka

terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara yaitu

1. Sedekah yang berkekalan.

2. Ilmu yang bermanfaat.

3. Anak soleh yang mendoakan kedua ibubapa.

Kita perhatikan nombor dua iaitu Ilmu yang bermanfaat itu maksudnya ilmu yang mengandungi segala kebaikan yang diajar oleh kita kepada orang lain di dunia ini lebih-lebih lagi ilmu agama Islam, maka apabila kita meninggal nanti, pahala akan terus mengalir kepada kita selagi orang itu masih mengamalkan apa yang diajar oleh kita. Dengan itu kita akan dapat memperolehi kesenangan di akhirat dan kurangnya seksaan di alam kubur.

d) Dapat menguatkan ingatan kita.

Mengikut pengalaman kami dengan para sahabatnya, perkara ini adalah benar. Apabila kita banyak mengajarkan ilmu kita kepada orang lain maka ingatan kita semakin kuat malahan ilmu dalam diri kita akan bertambah lagi. Kalau tidak percaya, cubalah dulu dan jangan kita cepat berputus asa.

e) Mendapat pertolongan Allah.

Apabila kita banyak menjalankan dakwah, Insyallah Allah akan menolong kita apabila kita berada didalam kesusahan. Ini telah terbukti melalui pengalaman saya dan juga sahabat-sahabat saya. Selain daripada itu, bukti yang paling kuat dan nyata iaitu contoh-contoh perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabatnya dimana mereka sentiasa mendapat pertolongan Tuhan apabila mereka didalam kesusahan.


Apa yang didakwahkan ?

Telah dijelaskan didalam kitab Al Quran dan hadis-hadis dari Rasulullah s.a.w bahawa yang utama sekali yang perlu didakwahkan itu lain tidak, hanyalah kebaikan. Hal ini telah dijelaskan dalam kitab Al Quran, surah Aali ‘Imran ayat 104 dan 105:

Maksudnya : “ Hendaklah adakan di antara kamu sesuatu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari berbuat munkar dan mereka itulah yang akan mendapat kemenangan. Dan janganlah ada di antara kamu sebagai orang-orang yang berpecah belah dan berselisih sesudah datang kepada mereka penjelasan-penjelasan danbagi mereka adalah siksaan yang besar”

Ayat ini telah menjelaskan kepada kita apa tujuan dakwah. Tidak ada satu seruan yang mengajak manusia mengerjakan yang buruk. Kebaikan yang dimaksudkan yaitu kebaikan pada tujuan, kabaikan pada pergaulan, kebaikan pada tetangga dan bertetamu.

Apabila manusia tidak ada yang mengajak kepada kebaikan dan hanya berdiam diri maka kita akan dapat melihat satu persatu timbulnya keburukan dan akhirnya akan menjadi kejahatan. Hawa nafsulah akan menang di tempat tersebut dan kebenaran akan dikalahkan. Disaat inilah mulai berlaku perpecahan, mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain dan akhirnya timbul kekacauan. Negara kita akan hidup dalam keadaan yang tidak aman.

Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa untuk melakukan kebaikan bukanlah perkara yang mudah. Tidak ada Iman yang dapat mencapai kesempurnaan tanpa menderita percubaannya.

Orang yang merasa imannya mendalam, mereka tidak akan memperdulikan sakit atau senang, dipuji atau dicela, diturunkan pangkat atau dimasukkan kedalam penjara. Semua ini tidak menjadi soalnya.

Untuk menghadapi situasi begitu maka sudah tentu kita memerlukan jemaah supaya kita dapat menimbulkan sahabat-sahabat yang sefahaman. Kata pepatah melayu “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Dalam surah Al Ahzab ayat 21 : Firman Allah,

Maksudnya : “ Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah s.a.w. itu contoh teladan yang baik, yaitu bagi siapa yang ada mempunyai harapan kepada Allah dan hari akhirat dan ingat kepada Allah sebanyak-banyaknya.”

Mencontohi kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. adalah cita-cita yang paling tinggi sekali dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Oleh kerana itu, dakwah tidak boleh dihentikan kerana berhenti ertinya mati.

Orang yang menjalankan dakwah itu akan diberi ganjaran wajahnya yang sentiasa berseri dan kegembiraan sebagaimana dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. :

Maksudnya : “ Diberi sinar oleh Allah s.w.t. seorang hamba yang mendengar akan ucapanKu lalu memahamikannya baik-baik dan menghafalkannya, kemudian itu disampaikannya pula kepada orang lain yang tidak turut mendengarnya.”

(Disediakan oleh Hafiz Ng)


Last Updated ( Thursday, 26 November 2009 14:14 )  

Add comment


Security code
Refresh

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Jam dan Iklan

laman web

banner

BANNER BLOG HAFIZ NG.

FOLLOW ME, I'll then Follow U.
(Tinggalkan link anda)

Sahabat Hafiz Ng

Google Friend Connect

Mesej Rakan Blog

Google Friend Connect

senyum

baby

anugerah

lion

kejam

ha

 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



-- Hafiz --

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini9
mod_vvisit_counterSemalam10
mod_vvisit_counterMinggu Ini9
mod_vvisit_counterMinggu Lepas86
mod_vvisit_counterBulan Ini70
mod_vvisit_counterBulan Lepas457
mod_vvisit_counterKesemua9416
We have 3 guests online

utusan online

metro

harakah

adiwidget

I love Islam

Sederhana

masakan

pusat motivasi

Create your own banner at  mybannermaker.com!

Episod

baca kitab

............. Bacalah Al Quran. ...................

Akan datang................................
Kisah Benar, ...............................

1. Kisah anjing di rumah keluarga saya.

2. Kisah makan di rumah keluarga saya dan kawannya.(Makanan daging babi).

3. Kisah shalat di rumah keluarga saya yang bukan Islam.

4. Kisah dakwah di Autoshow.(Perempuan menangis).

5. Kisah mualaf meminta duit.(Tiada duit untuk membayar perubatan).

he he

Ingin tahu kenapa saya memeluk Agama Islam?
Sabar dulu ya! nanti saya beritahu......

senyuman

Senyuman itu satu sedekah.
Pondan ini pun boleh senyum apatah
lagi diri kita yang bukan pondan.

......Raja cina

.........MY FACEBOOK

superhero

Klik pada gambar untuk lihat

superhero.(Loading lambat sikit)

burung

Kata nak kuruskan badan tapi..........

asyik makan aje......

.......

Symbol
Dakwah
Symbol
Dakwah