
Pengakuan jujur si isteri pendekkan nyawa suami.
Sepasang suami isteri yang sudah mendirikan rumahtangga sedang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 45…sedang mereka makan dan berbual secara romantik, suaminya terlintas hendak bertanya kepada isterinya tentang kesetiaannya terhadapnya…
Suami: Sayang, boleh abang tahu satu perkara tak?
Isteri: Boleh, apa dia abangku sayang..…
Suami: Abang nak sayang jawab secara jujur kepada abang, sepanjang kita berkahwin selama 45 tahun ni, sayang pernah tak curang kepada abang.
Si isteri terkejut dan mendiamkan diri…dengan perlahan si isteri mula memulakan bicara.
Isteri: Wahai abang kesayanganku, disebabkan abang hendakkan jawapan sejujurnya maka aku mengaku bahawa aku pernah curang kepada mu sebanyak tiga kali, dan itu semua aku lakukan sebab aku terlampau sayang padamu…
Si suami terkejut dan terkedu tanpa menuturkan sepatah kata, dan dengan perlahan dia mula berbicara…
Suami: Betulkah kau lakukan semua itu kerana kau sayang padaku, cuba kau ceritakan dengan siapa dan atas alasan apa kau berkata demikian…
Isteri: Baiklah, pernahkah abang ingat satu masa dahulu masa perniagaan abang ada masalah dan abang memerlukan kelulusan pengawai bank yang merupakan sahabat abang sendiri, tetapi dia enggan meluluskan pinjaman abang dan abang balik dengan perasaan kecewa yang teramat sangat dan keesokannya dia menalifon abang menyatakan pinjaman abang diluluskan tanpa memberitahu sebabnya pinjaman itu lulus…itulah kecuranganku yang pertama.
Suami: Baiklah sayang, aku boleh memaafkanmu walaupun dengan berat hati dan dengan berat hati cuba kau ceritakan kecuranganmu yang kedua…
Isteri: Pada satu masa dahulu abang ingat tak, dikala perniaagaan abang sedang membangun dan abang pernah menyatakan bahawa perniagaan abang akan kukuh sekiranya abang mendapat tender tahunan daripada seorang DATO. Abang tak hairankah kenapa begitu senang abang mendapat tender tersebut walaupun sebutharga yang abang letakkan dalam tender itu mahal dan disitulah kecuranganku yang kedua.
Suami: Walaupun berat rasa hatiku, tapi aku boleh lagi memaafkanmu…kerana kau lakukan kerana kasihkan aku dan sekarang kau ceritakan kecuranganmu yang terakhir…aku akan mendengarnya dengan tabah…
Isteri: Abang masih ingatkah dahulu abang pernah masuk bertanding dalam satu pemilihan parti dan abang berkata sekiranya abang hendak menang abang perlukan 500 undian…dan abang agak-agak macamana abang boleh dapat kesemua 500 undian tu…
Suami: …………………………( kena stroke lalu mati )









































