MUALAF

PENDAHULUAN.
Tak banyak yang memahami kesusahan mualaf, padahal sebagai seorang muslim baru, mereka memerlukan teman, tempat berlindung, dan juga pembimbing. Orang-orang yang baru saja berhijrah ke dalam Islam, memerlukan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari ancaman keluarga maupun saudara, karena perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah ! Oleh karena itu, pada kesempatan ini, kami menyediakan waktu untuk calon mualaf, hubungi kami dengan email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan kami tunggu anda.

PROSEDUR KEMASUKAN ISLAM DI JABATAN AGAMA ISLAM PERAK.
1. Isi borang memeluk Agama Islam.
2. Isi borang kemaskini maklumat.
3. Surat Akuan(Sumpah).
4. Gambar saiz kad pengenalan 3 keping.(Bagi perempuan perlu bertudung)
5. Salinan Kad Pengenalan atau Paspot bagi mereka yang bukan warganegara Malaysia.
6. Bagi mereka yang dibawah umur 18 tahun perlu ada kebenaran dari ibubapa atau penjaganya.
Tempat Memeluk Agama Islam.
Tingkat 6, Bahagian Dakwah,
Jabatan Agama Islam Perak,
Kompleks Islam,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
JUMLAH KEMASUKAN ISLAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.
TAHUN 2005--Asli (173)--India(122)--Cina(103)--Lain2(132)--Jumlah(530 orang)
TAHUN 2006--Asli(171)--India(143)--Cina(098)--Lain2(116)--Jumlah(528 orang)
TAHUN 2007--Asli(178)--India(123)--Cina(099)--Lain2(142)--Jumlah(542 orang)
TAHUN 2008--Asli(134 )--India(105 )--Cina(89)--Lain2(109 )--Jumlah(437 orang)
Cara-cara yang sesuai untuk “Follow-up” seorang saudara muslim(mualaf).
(oleh Hafiz Ng)
1. Sahabat Mualaf.
Maksudnya kita perlu menjadi sahabat kepada mereka kerana kita akan mendengar segala rintihan, kegelisahan, masalahan mereka. Dengan ini mereka akan dapat meluahkan perasaannya. Tekanan dalam jiwa mereka akan berkurangan.
2. Pengalaman Mualaf.
Maksudnya kita perlu banyak menanyakan masalah mereka dan cara-cara mereka mengatasinya. Perlu diingatkan bahawa bukan kita yang memberikan idea kepada mereka melainkan mereka tidak dapat mencari jalan keluarnya. Kaedah begini adalah untuk melatih mereka supaya lebih matang.
3. Konsultasi Mualaf (Permasalahan sosial mualaf , desakan dan dorongan moral).
Maksudnya kita perlu sentiasa memberikan dorongan kepada mereka supaya mereka dapat meneruskan hidup sebagai seorang muslim. Kalau kita tidak mahir memberikan dorongan kepada mereka,……sekurang-kurangnya kita katakanlah..”saya akan sentiasa bersama dengan kamu dalam mengatasi masalahnya”.
4. Panduan Mualaf (Pembelajaran)
Dalam kita menyelesaikan masalah mereka maka ilmu agama perlu juga diserapkan kepada mereka. Perlu diingatkan bahawa kita jangan banyak menyentuh masalah “ini haram itu haram” kerana ini akan menyusahkan mereka. Berikanlah keutamaan tentang akhlak dan akidah muslim.
Yang Mengeluarkan Seseorang Dari Islam
Allah telah mewajibkan bagi seluruh hambanya untuk masuk ke dalam Islam dan berpegang teguh dengan ajaran-Nya dan menjauhi segala sesuatu yang menyimpang darinya. Ia juga telah mengutus Muhammad untuk berdakwah terhadap hal tersebut, dan juga telah mengabarkan bahwa barang siapa yang mengikutinya maka dia telah mendapatkan hidayah, namun barang siapa yang menolak dakwahnya maka ia telah tersesat. Dan Allah telah memperingatkan dalam banyak ayat-ayat Al-qur'an tentang hal-hal yang menyebabkan segala jenis kesyirikan, kemurtadan dan kekafiran.
Para ulama telah menerangkan dan membahas hukum seorang muslim yang murtad dari agamanya dapat disebabkan oleh berbagai macam sebab yang membatalkan keislamannya, yang menyebabkan darah dan hartanya menjadi halal dan Ia dinyatakan keluar dari Islam. Namun yang lebih berbahaya dan sering terjadi adalah 10 hal yang dapat membatalkan keislaman yang disebutkan oleh Syeik Muhammad Bin Abdul Wahab serta ulama lainnya. Dan saya akan menjelaskan secara singkat akan hal ini, agar kita berhati-hati dan mengingatkan orang lain dengn harapan agar kita selamat dari hal-hal tersebut.
Mualaf





































