
MUALAF Dipilih Pendakwah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Perbandaran Taiping pada 26 Februari 2010. Majlis Penganugerahan ini
disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Nota : Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada JAIPk dan MAIPk, MACMA
Ipoh (Persatuan Cina Muslim), AJK Masjid Muhammadiah, sahabat2 bloger,
sahabat2 saudara muslim, badan2 NGO dan keluarga saya diatas kerjasama dan
sokongan yang diberikan. Jasa tuan2 semua akan diingati selama-lamanya.
APA KATA CINA MUALLAF TENTANG
MASUK MELAYU......
memeluk Agama Islam.
Saya telah banyak makan belacan, cili dan sebagainya tetap tidak boleh
mengubahkan diri saya kepada melayu…Saya telah cuba memakai pakaian
melayu dan memakai songkok tetapi tetap sama juga. Akhirnya barulah
saya sedar bahawa saya masuk Islam dan bukan masuk melayu kerana saya
telah memeluk Agama Islam lebih kurang 20 tahun, muka saya tetap sama
juga dari dulu hingga sekarang iaitu sebiji macam orang Cina. Pernah satu ketika, ada seorang makcik tanya kepada saya “Bila kamu masuk
melayu” maka saya kata “saya bukan masuk melayu tapi agama Islam”. Lalu
dijawab oleh makcik “Itu sama aje”. Saya telah memberitahu kepada makcik itu bahawa Islam tidaklah sama dengan
melayu kerana Islam itu agama manakala melayu itu adalah bangsa. Pada akhir
sekali, makcik itu tetap mengatakan “ saya masuk melayu”. Dan saya pun tidak
dapat buat apa2 kerana makcik itu tidak mahu menyerah kalah.
Kain pelikat dan baju Melayu bukanlah pakaian Nabi s.a.w. Namun banyak orang
Melayu menganggap ianya pakaian berunsur agama Islam. Penggunaan istilah Melayu itu Islam atau Cina itu kafir boleh membawa kesan
yang sangat buruk kepada kefahaman orang lain terhadap sesuatu perkara.
Lebih malang lagi jika ianya membabitkan kefahaman orang terhadap agama. Orang cina yang memeluk Agama Islam biasanya akan disuruh menukar nama
mereka kepada nama Arab seolah2 nama seperti Ah Kui, Sing Hong dan
sebagainya telah mewakili kekufuran. Yang menghairan ialah kenapa orang melayu yang mempunyai nama seperti Hitam, Awang, Uda yang tidak
mempunyai apa2 makna tidak disuruh menukarkan namanya. Salah satu punca utama orang2 Cina Non Muslim takut memeluk agama Islam ialah
bahawa nama Cina keturunan mereka telah dibuang seolah2 terbuang dari
keluarganya yang asal dan hilang hubungan kerabat.
Pada hari ini, orang Melayu Islam tidak dapat menyampaikan dakwah yang
jelas. Orang Melayu boleh berbincang bermacam-macam perkara dengan
orang Cina, termasuk mengajak undi parti pilihan mereka. Namun mereka
tidak mampu membincangkan kehebatan Islam dan mengajak orang Cina menganut agama Islam. Ini telah menjadikan sebahagian besar orang Cina
salah faham terhadap Islam. Islam pada hari ini tidaklah dimiliki atau dikuasai oleh sesuatu bangsa.
Kita ini semuanya sama. Tiada beza yang tua mahupun yang muda.
Sebab itu jangan menyombong atau takbur sesama manusia sekalipun kita
berpangkat atau berilmu kerana disisi Allah, kita semuanya sama… Yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA Biarlah kita kurang dimata manusia tetapi tinggi disisi ALLAH……………………
Pada akhir kata, saya menyeru kepada semua saudara kita supaya tidak
meninggalkan segala adat resam mereka yang tidak bercanggahan dengan
Agama Islam. Saya bukannya mengkritik orang2 melayu Cuma kita bersama2 memperbaiki segala kelemahannya demi menegakkan syiar Islam di mukabumi ini.

(KELUAR DARI AGAMA ISLAM).
Di Negeri Perak, mereka yang mendaftarkan pembatalan pengislamannya(Murtad)adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang memeluk Agama Islam. Purata Kemasukan Agama Islam dalam setahun adalah lebih kurang 500 orang
keatas. Kebanyakan mereka yang ingin keluar dari Agama Islam adalah dari
golongan anak saudara baru(mualaf). Diantara sebab2 mereka ingin keluar dari
Agama Islam adalah seperti berikut. 1. Kekecewaan didalam Kewangan.
2. Kekecewaan didalam Percintaan.
3. Kekecewaan didalam Kekeluargaan.
4. Tidak beramal dengan ajaran Islam.
5. Tidak ada pengetahuan tentang Agama Islam.

Sungguhpun niat pada awalnya tidak cukup ikhlas tetapi kita masih mempunyai peluang untuk memperbetulkan niat kita menjadi 100% ikhlas. Paling senang, kita ambil satu contoh yaitu Puasa. Kita tetap meneruskan puasa walaupun orang tak nampak kita berpuasa.
Kadang-kadang kita juga boleh kata hidayah mereka memeluk Agama Islam adalah
melalui perkahwinan dan sebagainya. Allah yang mengetahui segala-galanya.
Apa kata muallaf tentang songkok?

zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tempat asal songkok hitam di India
yang dibawa oleh pendatang India Muslim ketika mereka berhijrah ke
negeri2 Selat semasa pemerintah Inggeris di Tanah Melayu. Kebiasaannya songkok dipakai ketika adanya acara2 yang melibatkan Sultan dan budaya.
Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak bersongkok hitam mahupun berbaju
Melayu lengkap ketika melaungkan "Merdeka" di Stadium Merdeka pada
pagi 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman berpakaian "baju Muscat".
Songkok tidak melambangkan keislaman seseorang itu. Islam tidak diukur dari segi cara berpakaian seseorang muslim. Dalam filem “Ghandi” para
penganut Hindu asal India di Afrika Selatan dan penyokong parti KOngres India pimpinan Pandit Jawharlal Nehru memakai songkok sebagai pakaian
harian.
Sebab itu Hukum memakai songkok bukanlah sunat ataupun wajib
sepertimana didakwa oleh setengah pihak. Tetapi secara peribadi , saya suka memakainya kerana ada sesuatu kelebihan yang dirahsiakan. Ada satu kisah benar dimana diri saya disoalkan oleh seorang pakcik
ketika saya ingin menunaikan shalat jumaat di masjid. Pada ketika itu saya tidak memakai songkok ataupun kopiah.
Pakcik : Kamu ini Islam atau tidak ?
Hafiz Ng : Kenapa pakcik ?
Pakcik : Pasal saya nampak kamu masuk masjid.
Hafiz Ng : Saya ini Islam.
Pakcik : Kamu Islam, jadi kenapa kamu tidak pakai songkok?
Hafiz Ng : Pakcik, songkok itu cuma adat melayu sahaja. Tak pakai pun tak apa punya.
Pakcik : Bukan ! Itu wajib pakai.
Hafiz Ng : Kalau songkok itu wajib pakai, kenapa pakcik tak pakai juga?
Pakcik : Pakcik sudah lama Islam, tak mengapa tapi awak baru lagi kenalah pakai.
Hafiz Ng : Ye..ke…..ok lah pakcik, lain kali saya pakai. Sekarang saya nak pergi tandas
dulu. Assalamualaikum. (Aduhai, pening kepala saya dibuatnya).
(Itulah kisah yang saya tidak dapat lupa selama-lamanya dan melucukan).


mendapatkannya 1:wajah yang cantik 2:duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata Nabi SAW "Sesiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur
di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah
padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan
solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang
tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak
tiadalah padanya tidur yang nyenyak. Sampaikanlah daripada Nabi SAW itu walaupun satu ayat.

kesalahan..... Oleh itu....jika anda memiliki kedua2nya maka janganlah anda
lupa pada Yang Maha Berkuasa.


Perbuatan Yahudi yang menghinakan Islam.

Apa kata mualaf ketika suami menghadapi masalah.

maka kita berikan sokongan kepadanya dengan ucapan “Biar macammana
susah abang, saya tetap akan bersama abang”. Dalam perkara ini, janganlah
kita berjanji akan menyelesaikannya sedangkan kita tahu dirinya masih tidak
mampu lagi.
2.Berikan masa atau ruang untuk dia berfikir. Jangan menganggunya. Dalam
keadaan begitu, bukan bererti dia tidak sayang kepada kita. Kita jangan
ada prasangka buruk terhadapnya.
3.Jangan memaksa dia untuk menceritakan masalahnya kerana dirisaukan
kita akan menambahkan lagi masalahnya. Kebiasaan seseorang suami
lebih mudah menceritakan masalahnya apabila tidak dipaksa.
4.Sekiranya suami kita ingin menceritakan masalahnya maka kita jadilah
pendengar yang baik dan jangan sesekali kita mengeluarkan kata2 seperti
“Padan muka abang”, “siapa panggil abang pandai2”. Ini akan menambahkan kesakitan hatinya.
5.Kalau boleh, berilah sedikit urutan kepadanya supaya tekanan dapat dikurangkan.
Akhir sekali, berdoalah kepada Allah supaya Allah sentiasa memberikan kesabaran dan petunjuk kepadanya.
















































